Thursday 31 January 2008

LOKASI MUSHROOM SHACK


Wednesday 30 January 2008

MUSHROOM SHACK SLIDESHOW

Sunday 27 January 2008

KURSUS SIRI 6




Sunday 13 January 2008

LAGI GAMBAR KURSUS SIRI 5







Friday 11 January 2008

KURSUS SIRI 5 YANG SEDANG BERLANGSUNG







Thursday 10 January 2008

JADUAL KURSUS PENANAMAN CENDAWAN (JANUARI - MAC 2008)

Jadual Kursus bulan Januari hingga Mac :

1. 26hb - 27hb jan 2008
2. 16hb - 17hb feb 2008
3. 23hb -24hb feb 2008
4. 08hb - 09hb mac 2008
5. 22hb - 23hb mac 2008

CEPAT DAFTAR, TEMPAT TERHAD.

(Permintaan khusus untuk kursus selain dari tarikh yang ditetapkan boleh dipertimbangkan)

Hubungi :

Mushroom Shack Industries
Senai, Johor

Attention : En. Roslee Abd. Rahman
019-7666697 (24 jam)

Wednesday 9 January 2008

KERAJAAN LULUS 3,847 PERMOHONAN USAHAWAN TANI

MUAR 8 Jan. – Jawatankuasa Pembangunan Industri Asas Tani di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah meluluskan 3,847 permohonan usahawan yang ingin menceburi bidang pertanian membabitkan industri kecil dan sederhana (IKS) di seluruh negara sejak skim pembangunan itu dimulakan pada 2005.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usahawan tani yang dipilih adalah mereka yang telah ditapis menerusi lebih 10,000 permohonan sejak jawatankuasa itu dibentuk hasil saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tiga tahun lalu.

Menurutnya, melalui skim pembangunan tersebut, kerajaan membelanjakan lebih RM125 juta atau maksimum RM20,000 bagi setiap usahawan yang akan dibantu daripada segi latihan dan bantuan tambahan dalam usaha membangunkan IKS yang berasaskan sektor pertanian.

Beliau berkata, skim itu dilihat bakal mempercepatkan usaha kerajaan melahirkan 10,000 usahawan tani menjelang penghujung Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada tahun 2010.

“Negara ketika ini memiliki sejumlah 8,300 pengusaha dalam sektor pertanian dan melalui skim pembangunan Industri Asas Tani, kita yakin sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan tani akan dapat dicapai lebih awal sebelum 2010.

“Semua 8,300 usahawan tani tersebut ketika ini menghasilkan produk pertanian berjumlah RM25 juta setahun dan kerajaan akan terus membantu agar sasaran pendapatan bulanan mereka melebihi RM2,000 dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa-mangsa Banjir Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar Pagoh, dekat sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Mohd. Taat dan wakil penduduk yang terdiri daripada ketua kampung dan ketua pusat pemindahan kawasan yang terlibat bencana itu penghujung tahun lalu.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh memberitahu, usahawan yang mendapat bantuan itu antaranya terlibat dalam pemprosesan bahan asas tani termasuk makanan berasaskan ikan, daging serta buah-buahan.

Katanya, kerajaan juga berusaha memastikan pelaksanaan skim itu dapat disegerakan bagi membolehkan semua yang terlibat menghasilkan produk masing-masing termasuk produk sampingan berasaskan pertanian.

“Saya telah arahkan sekretariat jawatankuasa itu supaya mendapatkan maklumat mengenai usahawan yang layak di seluruh negara yang gagal dalam permohonan mereka disebabkan peruntukan yang terhad.

“Sebagai contoh, sehingga hari ini, seramai 3,847 pemohon telah berjaya, tetapi mungkin lebih 10,000 yang lain gagal kerana peruntukan terhad dan kita akan cuba pertimbangkan semua ini kerana skim usahawan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin memberitahu, kementeriannya sedang mengkaji kemungkinan untuk mencadangkan kepada Kabinet supaya petani yang mengusahakan tanaman dan hasil pertanian menerima insentif sebagai usaha menggalakkan minat mereka meningkatkan hasil keluaran.

Beliau berkata, peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga minyak menyebabkan kos dan input pertanian turut melambung dan tidak mustahil ada petani yang terpaksa gulung tikar.

Monday 7 January 2008

SEKTOR PERTANIAN RUGI RM 50 JUTA AKIBAT BANJIR

PUTRAJAYA 7 Jan. - Kerugian yang dialami sektor pertanian akibat banjir besar yang melanda beberapa negeri bulan lalu mencecah RM50 juta. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, laporan awal menunjukkan tanaman padi mengalami kerugian terbesar iaitu RM22.4 juta manakala tanaman-tanaman lain kira-kira RM20 juta. Menurutnya, bagi ternakan dan perikanan masing-masing mencatatkan kerugian sebanyak RM8.7 juta dan RM5.5 juta.

``Saya terima laporan itu hari ini dan akan membentangkannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negara dipergerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi. ``Jawatankuasa terbabit akan menghalusi laporan itu sebelum memutuskan jumlah peruntukan bantuan dan cara pengagihannya,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat Tahun Baru 2008 kementeriannya di sini hari ini.

Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 28 Disember lalu diarah menjalankan bancian kerosakan pertanian akibat banjir bagi tujuan penilaian dan taksiran kerugian. Langkah itu bertujuan mengenal pasti bilangan petani yang terlibat dengan bencana tersebut yang melanda Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kedah dan Kelantan. Komponen pertanian lain yang terlibat dengan bancian kerosakan ialah buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan, ternakan ikan dan industri asas tani. Muhyiddin berkata, laporan bancian itu turut menyenaraikan seramai 16,164 petani di kawasan seluas 18,228 hektar mengalami kerugian akibat banjir besar itu.

``Kedah mengalami kerugian yang teruk dalam penanaman padi iaitu RM32 juta manakala Pahang pula dalam sektor ternakan iaitu mencecah RM7 juta. ``Dalam sektor perikanan pula, Johor mengalami kerugian sebanyak RM1.3 juta, Pahang (RM2.9 juta) dan Kelantan (RM1 juta),'' katanya. Sementara itu, beliau turut meminta petani yang mengalami kerugian akibat banjir supaya mengadakan perbincangan dengan Bank Pertanian secepat mungkin. ``Petani yang terlibat perlu berjumpa dengan pihak bank untuk menjadualkan semula pinjaman mereka,'' katanya.- Utusan

Saturday 5 January 2008

GUNA TEKNOLOGI TINGGI ELAK PEKERJA ASING

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Kementerian Sumber Manusia akan terus menggalakkan para majikan menggunakan teknologi lebih moden bagi meningkatkan daya saing dan mengurangkan penggunaan pekerja asing.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn berkata, langkah itu akan memastikan tenaga kerja tempatan yang lebih tinggi tahap kemahiran digunakan, sekali gus meningkatkan kualiti khidmat industri negara.

‘‘Jika kita terus bergantung kepada pekerja asing dengan membayar gaji yang rendah, kita akan sampai tahap tidak lagi boleh bersaing dengan negara-negara kaya tenaga buruh lain seperti Vietnam dan Thailand.

‘‘Kita perlu meningkatkan teknologi yang memerlukan pekerja tempatan berkemahiran tinggi bagi melahirkan ciptaan bertaraf antarabangsa dan lebih berdaya saing,’’ katanya pada sidang akhbar sempena pembukaan Pusat Pakar Mata Antarabangsa di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar akhir tahun lalu mengenai pembolotan kira-kira 20 peratus peluang pekerjaan baru yang wujud pada tahun ini ke tangan warga asing.

Chan Onn memberitahu, semalam beliau telah berdialog dengan majikan sektor perladangan untuk menggunakan pendekatan tersebut.

Menurutnya, penggunaan teknologi tinggi telah membuahkan hasil positif di Malaysia dengan syarikat seperti Motorola mewujudkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sini dan ciptaan mereka digunakan di peringkat antarabangsa.

‘‘Ini merupakan contoh yang ketara dan saya mahu sektor-sektor lain mencontohinya,’’ ujar beliau.

Sementara itu, Chan Onn berkata, program Pengembalian Pakar Malaysia yang diperkenal pada tahun 2001 telah berjaya menarik kira-kira 500 pakar kembali ke tanah air.

‘‘Tahun lalu, kira-kira 100 pakar dari sektor perubatan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), serta perakaunan yang kebanyakannya dalam lingkungan usia 30-an, telah kembali dari Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat serta Australia,’’ katanya.

Menurut beliau, program insentif itu akan diteruskan dan kajian akan dibuat untuk menambah aspek-aspek menarik bagi menjayakan hasrat kementerian menarik beribu-ribu pakar luar negara kembali ke negara.

‘‘Apa yang kita tidak boleh lakukan ialah memaksa majikan menaikkan gaji mereka yang kembali bekerja ke negara ini.

‘‘Namun, kita boleh menggalakkan mereka menggunakan pengalaman dan infrastruktur negara yang lebih murah bagi mengubah ibu kota menjadi pusat khidmat perubatan, pelancongan kesihatan serta ICT,’’ kata Chan Onn.

Pada masa depan tambahnya, kementerian mahu menarik pakar seni dalam bidang reka bentuk, fesyen dan teater.

Friday 4 January 2008

SISTEM PANTAU PROGRAM USAHAWAN DI PERKENAL

KOTA KINABALU 4 Jan. - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memperkenalkan sistem pemantauan bermula tahun ini bagi memastikan program melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera tercapai.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sistem tersebut akan diwujudkan di peringkat daerah, negeri dan pusat bagi menyalurkan maklumat mengenai perkembangan pelaksanaan setiap program yang dirancangkan.

‘‘Melalui sistem ini, kita akan melantik ahli jawatankuasa terdiri daripada semua agensi di bawah kementerian bagi memastikan setiap tanggungjawab dan amanah yang diberi dilaksanakan dengan berkesan.

‘‘Kementerian akan menjadi pemantau kepada sesuatu program agensi yang ada dengan meneliti aspek keberkesanan, kebaikan dan pencapaian setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Dengan Ketua dan Pegawai Agensi-Agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) Sabah di Hotel Pacific Sutera di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, melalui sistem baru itu juga, semua maklumat terkini akan disalurkan kepada bakal usahawan yang sedang mengikuti program atau kursus tertentu.

Katanya, sistem berkenaan berbeza dengan amalan yang dilakukan kementerian tersebut sebelum ini dalam menyemak dan memastikan keberkesanan sesuatu program.

‘‘Melalui pemantauan sebelum ini, ia lebih kepada Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) tetapi kini, kementerian mahu melihatnya secara tepat dan jelas iaitu berdasarkan kepada keberkesanan dan pencapaiannya,” ujarnya.

Menurut beliau, kementerian akan mengukur pencapaian sistem itu dengan melihat jumlah usahawan bumiputera yang berjaya dihasilkan melalui pelaksanaan sesuatu program.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, kementerian kini memberi fokus untuk melahirkan generasi kedua Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang bersifat global.

Jelasnya, golongan MPPB yang baru itu perlu berfikiran jauh dalam visi memajukan bidang perniagaan dan mempunyai cita-cita untuk berjaya sebagai usahawan di peringkat global.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pada 1 Januari lalu, kementerian menubuhkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang akan meningkatkan peranannya dalam bidang yang lebih luas.

‘‘Suruhanjaya ini akan memikul tanggungjawab yang lebih besar, kalau dulu hanya tumpu pada penguat kuasa dan pelaksanaan peraturan, tetapi kini kita akan tingkat peranan dalam bidang keusahawanan yang lebih luas,” katanya.

Thursday 3 January 2008

GAMBAR KURSUS SIRI 4

























PKNS SASAR LAHIR 25 USAHAWAN BERWIBAWA SETAHUN

PETALING JAYA 2 Jan. – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), mengambil langkah proaktif untuk melahirkan 25 usahawan Bumiputera berwibawa setahun melalui beberapa program keusahawanannya.

Langkah itu akan dilaksanakan melalui pelbagai program seperti Vendor Inkubator Payung, Sub Kontraktor Bumiputera PKNS, Dana Pembelian/Penyewaan Premis Perniagaan, Program PERMATA, Skim Pejabat Inkubator PKNS dan Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PHASER), kata Pengurus Besarnya Datuk Harun Salim.

Program yang dilaksanakan diletak bawah Sekretariat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Bagi melaksanakan program yang dirancang itu, PKNS telah memperuntukkan RM2.08 juta tahun ini berbanding RM1.97 juta pada tahun sebelumnya manakala MeCD menyediakan bantuan dalam bentuk geran RM3.5 juta, katanya.

“PKNS komited dalam usaha melahirkan masyarakat usahawan dan pelbagai program telah disusun untuk mereka,” katanya dalam temu bual di sini baru-baru.

Melalui program Vendor Inkubator Payung, misalnya, Harun berkata, para usahawan yang mempunyai kilang bahan binaan akan dibantu dalam meluaskan pasaran dan meningkatkan kualiti produk masing-masing.

Sejak program vendor tersebut diperkenalkan pada 1995 sehingga 2006, seramai 23 usahawan telah dipilih dan dilantik untuk menyertai program itu.

Syarikat-syarikat tersebut bergiat dalam bidang pembinaan dan telekomunikasi yang menawarkan produk seperti cat, tangki air polivinil, batu bata tanpa bakar, pintu pagar serta wayar dan kabel.

“Setakat ini, nilai kontrak kerja yang ditawarkan kepada syarikat di bawah program vendor inkubator payung bernilai RM67.266 juta,” katanya.

Harun berkata, mulai tahun 2006, PKNS telah melaksanakan satu lagi program baru iaitu PHASER bagi membangun dan membimbing siswazah yang berpotensi untuk meneroka peluang perniagaan melalui pembelajaran dan pengalaman berniaga.

“Mereka akan dibimbing dalam tempoh enam bulan dan sepanjang tempoh itu, pelbagai pendedahan dan kemahiran berkaitan dunia perniagaan akan diberikan.
“Sepanjang tahun 2006 sahaja, seramai 30 siswazah telah dilantik di bawah program ini,” jelasnya.

Pada amnya, program usahawan PKNS melibatkan pelbagai golongan masyarakat, antaranya bakal usahawan, peniaga, siswazah sehinggalah kepada pelajar sekolah.

Sebagai pendedahan awal tentang bidang keusahawanan kepada para pelajar, program PERMATA telah diwujudkan oleh PKNS dengan kerjasama MeCD serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, kata Harun.

Antara lain, program ini bertujuan membentuk dan memupuk nilai-nilai keusahawanan di kalangan para pelajar sekolah di negeri Selangor.

Sejak 1998 hingga 2006, terdapat 51 buah sekolah dan seramai 8,150 orang pelajar telah terlibat dengan program ini, katanya.
– Bernama

CARA PENANAMAN YANG BEBEZA

Kadangkala kita sering mendengar cara-cara yang berbeza, pendapat yang berbeza berkenaan dengan cara penanaman cendawan. Ada yang kata begitu ada yang kata begitu, kadangkala kita tak tahu yang mana satu yang betul. Oleh yang demikian, nasihat saya rujuk kepada mereka yang pakar. Ataupun daripada mereka yang dah berjaya.
Lagi satu nasihat saya ialah sentiasa bersikap terbuka dengan idea-idea baru. Tak semestinya idea atau cara baru itu salah. Kadangkala ianya lebih baik dari cara-cara lama dan sudah pasti dapat menambah keuntungan syarikat.

Tuesday 1 January 2008

Bisnes, bisnes jugak. Family jangan lupa

1.1.2008. Tahun baru dah pun menjelma. Mesti ramai di antara petani muda kita berkobar-kobar memasang azam tahun baru. Sudah tentu nak capai lebih daripada apa yang dicapai sebelum ni. Walaubagaimanapun, cuba kita renungkan sejenak dalam kita terkejar sana kemari mengendalikan perniagaan, tanggungjawab kita sebagai anak, suami dapat dilaksanakan dengan baik ke. Ha! cuba kita renung-renungkan. Kalau berniaga ok, family pun kita layan ok. Alhamdulillah. Kalau salah satu kurang tu, cuba la kita azam untuk perbetulkan. Bukan apa, takut satu je yang berjaya yang satu lagi tak, pun dianggap tak berjaya. Betul tak ?

Renung-renungkan.

Bagi rakan-rakan yang ada apa-apa soalan bekenaan penanaman cendawan masukkan kat ruangan comments. Insya Allah saya jawab.