Tuesday 17 February 2009

TIPS BERNIAGA 4 : UNIK ATAU NICHE

Dalam setiap perniagaan yang maju di dalam dunia ini mesti terdapat keunikan produk atau niche mereka yang tersendiri. Misalnya, Apple dengan niche i-pod dan i-phone, Toyota dengan niche ketahanan enjin, Volvo dengan niche ciri keselamatan.

Setiap perniagaan jika ingin maju perlu mempunyai niche yang tersendiri. Ini menjamin kejayaan sesebuah perniagaan itu. Anda boleh meniru orang lain dan mempunyai ciri-ciri perniagaan yang serupa dengan orang lain. Namun demikian apakah yang membezakan produk anda berbanding orang lain? Ha... jadi keunikan atau niche diperlukan. Anda akan lebih dikenali dengan keunikan produk anda di pasaran. Pelanggan memperkatakan keunikan produk anda di pasaran. Misalnya niche Apple dengan niche i-phone yang ternyata unik berbanding handphone2 yang ada di pasaran.

Walaubagaimanapun bukan mudah untuk memikirkan niche / keunikan ini. Kadangkala ianya melibatkan masa, wang dan kajian berterusan. Namun begitu jika anda dapat mengenalpasti niche / keunikan produk anda, Insya Allah perniagaan akan lebih maju dan bertahan lama.

Cuba fikir-fikirkan apa yang membezakan perniagaan atau produk anda daripada orang lain?

MSI

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home