Saturday 14 February 2009

Tips Berniaga 1 : Kecairan Tunai (Cash Liquidity)

Salam,

Dalam apa jua perniagaan jika disingkap falsafah dalam aspek kewangan perniagaan, perkara paling pokok dan paling penting ialah tunai. Sesebuah perniagaan secara asasnya boleh diadili samada bersifat maju atau tidak melalui jumlah wang tunai yang ada atau dalam bahasa Inggeris cash liquidity. Rakan peniaga sekelian, ingatlah perkara ini cukup penting bagi sesebuah perniagaan kerana ianya menentukan samada sesebuah perniagaan boleh bertahan ataupun boleh bankrap.

Terdapat juga formula-formula lain atau measurement ratio (kayu pengukur) untuk melihat samada perniagaan kita benar2 di landasan yang betul atau tidak. Sedikit demi sedikit saya akan singkap formula-formula tersebut. Buat masa ini cukuplah dengan peringatan bahawa cash liquidity itu sangat penting bagi sesebuah perniagaan.

MSI

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home