Monday 1 June 2009

Tips Berniaga 7 : Strategi Perniagaan

Salam,

Setiap perniagaan perlukan strategi yang tersendiri. jika tidak sama, mestilah berbeza dengan perniagaan orang lain. Cuba fikir-fikirkan, adakah perniagaan anda mempunyai strategi. Rata-rata perniagaan di Jepun mempunyai strateginya sendiri. Sebab tulah syarikat-syarikat ini boleh maju dan bertahan. Toyota dengan JIT(Just in Time) ataupun dalam ringkasnya di Toyota, kereta hanya akan dibuat apabila ada "order" daripada customer sahaja. Jadi untuk Toyota tak perlulah mereka mempunyai gudang simpanan. Bagi syarikat Kao strateginya adalah untuk menjadi first mover atau "orang pertama". Kao akan berusaha membuat kajian agar produk yang dikeluarkan di pasaran adalah yang pertama di dunia dan tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana syarikat. Banyak lagi contoh-contoh menarik strategi syarikat-syarikat gergasi yang ada.

Sementara itu fikir-fikir lah strategi syarikat anda.

Sunday 31 May 2009

Tips Berniaga 6: Start besar atau kecil

salam,


Ramai yang bertanyakan pendapat sejak akhir-akhir ini bagaimana nak memulakan perniagaan cendawan ni. nak mulakan dengan modal yang besar atau modal yang kecil. jawapannya terpulanglah kepada jumlah modal yang kita ada. Kalau ada banyak wang bolehlah mulakan dengan scale yang besar. Tiada masalah. Cuma bila nak mulakan dengan besar pastikan segala bentuk costing dan 3 years projected account dah dibuat terlebih dahulu dengan mengambil faktor-faktor luarjangka.


Walaubagaimanapun saya bersetuju jika ada rakan2 yang nak mulakan dengan scale yang kecil. Kelebihan memeulakan dengan modal kecil, mengurangkan kerugian total jika ada apa-apa yang tak dijangka berlaku. jika semua berjalan lancar perniagaan kecil sebenarnya menyediakan asas atau foundation yang kuat untuk kita pergi lebih besar.

Monday 9 March 2009

TIPS BERNIAGA 5 : INTEGRITI PRODUK (PRODUK YANG BAIK UTK SEMUA)

Salam,

Kali ini kita tengok apa yang dimaksudkan dengan integriti produk. Maksudnya setiap produk yang kita keluarkan mestilah berkualiti dan memberi kebaikan kepada pengguna. Kadangkala ada peniaga yang mahu cepat untung, asalkan produk terjual, itu sudah cukup bagi mereka. Isu samada produk itu mendatangkan kebaikan kepada pengguna atau tidak, langsung tidak diambilkira. Perniagaan yang bersifat sebegini hanya akan bertahan untuk tempoh yang singkat sahaja. Percayalah.

Satu contoh paling klasik bagi aspek produk integriti ialah kisah Honda dan Mazda. Pada satu masa dahulu, Mazda mengeluarkan kereta sedan untuk keluarga yang bercirikan "performance". Bak kata orang "racing" lah. Semua aksesori enjin dan hiasan dalaman bercirikan "racing". Kereta Mazda ini tidak mendapat sambutan yang baik. kenapa?

Kerana tidak mempunyai integriti produk. Macamana sebuah kereta untuk keluarga dilengkapi dengan ciri-ciri "racing"? Lajulah kereta tu, tak selamatlah untuk famili kita. Sebab itulah jualannya rendah.

Ini berlainan dengan Honda yang pada masa yang sama mengeluarkan kereta sport untuk anak muda yang juga bercirikan "performance" atau "racing". Kereta ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Dah faham apa makna integriti produk ? Fikir-fikirkanlah.

Tuesday 17 February 2009

TIPS BERNIAGA 4 : UNIK ATAU NICHE

Dalam setiap perniagaan yang maju di dalam dunia ini mesti terdapat keunikan produk atau niche mereka yang tersendiri. Misalnya, Apple dengan niche i-pod dan i-phone, Toyota dengan niche ketahanan enjin, Volvo dengan niche ciri keselamatan.

Setiap perniagaan jika ingin maju perlu mempunyai niche yang tersendiri. Ini menjamin kejayaan sesebuah perniagaan itu. Anda boleh meniru orang lain dan mempunyai ciri-ciri perniagaan yang serupa dengan orang lain. Namun demikian apakah yang membezakan produk anda berbanding orang lain? Ha... jadi keunikan atau niche diperlukan. Anda akan lebih dikenali dengan keunikan produk anda di pasaran. Pelanggan memperkatakan keunikan produk anda di pasaran. Misalnya niche Apple dengan niche i-phone yang ternyata unik berbanding handphone2 yang ada di pasaran.

Walaubagaimanapun bukan mudah untuk memikirkan niche / keunikan ini. Kadangkala ianya melibatkan masa, wang dan kajian berterusan. Namun begitu jika anda dapat mengenalpasti niche / keunikan produk anda, Insya Allah perniagaan akan lebih maju dan bertahan lama.

Cuba fikir-fikirkan apa yang membezakan perniagaan atau produk anda daripada orang lain?

MSI

CEPAT BELI BONGKAH SEBELUM TERLAMBAT

ASSALAMUALAIKUM SEMUA,

BERMINAT DENGAN PERUSAHAAN CENDAWAN TIRAM?

KAMI MENJUAL BONGKAH BARU DAN BONGKAH MATANG
BONGKAH BARU RM 0.80 SEN SEBONGKAH !!!!
BONGKAH MATANG RM 1.30 SEBONGKAH !!!!!

TEMPAH SEGERA. CALL 0197666697

Monday 16 February 2009

Tips Berniaga 3 : Kepentingan Akaun Pengurusan (Managerial Accounting)

Salam,

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa benda akaun pengurusan ni. Akaun Pengurusan atau Managerial Accounting ini sebenarnya bukan kaedah perakaunan yang biasa seperti Aset = Liabiliti + Modal. Akaun pengurusan ini lebih tertumpu kepada sektor pembuatan atau manufacturing sector. Walaubagaimanapun dalam bisnes cendawan akaun pengurusan ni kita boleh pakai jugak. proses pembuatan bongkah misalnya, boleh kita teliti kecekapan kosnya dengan menggunakan akaun pengurusan. Keputusan untuk membeli bongkah misalnya, atau menerima pesanan khas misalnya, untung ruginya boleh dikira dengan kaedah2 di dalam akaun pengurusan. Pendek kata akaun pengurusan membantu kita membuat keputusan.

Sahabat- sahabat bolehlah menjenguk subjek akaun pengurusan ini melalui internet ataupun daripada mana-mana sumber. Gerenti serba sedikit boleh membantu kita membuat keputusan dengan bijak.

Bak kata orang tak tau semua, sikit pun jadilah.

MSI

Saturday 14 February 2009

Tips Berniaga 2 : Bisnes Maju Tapi Tunai Kurang

Salam,

Kali ini kita kaji satu senario yang biasa dalam dunia perniagaan di mana kadangkala bisnes yang kita ada maju dan meningkat tetapi pada masa yang sama tunai kurang malahan pinjaman meningkat. Mengapa agaknya?

Bisnes yang maju atau peningkatan yang tidak terkawal boleh membawa padah yang buruk kepada perniagaan. Selama ini kita beranggapan bahawa bisnes bagus jika ada pertumbuhan. Walaubagaimanapun jika pertumbuhan tidak dikawal, akhirnya kita dapati tunai semakin berkurangan sebaliknya pinjaman meningkat. Kenapa pinjaman meningkat?

Pinjaman meningkat kerana ianya digunakan untuk dijadikan modal baru bagi pertumbuhan yang baru. Jika ianya tidak dikawal, sampai bila pun tunai ditangan akan berkurangan dan pinjaman / liabiliti meningkat.

Ianya boleh ditangani dengan langkah2 berikut :

1. Naikkan harga bagi mengurangkan sedikit permintaan
2. Outsource ( outsource permintaan baru kepada syarikat lain - dapat mengurangkan modal)

Ingat pertumbuhan itu bagus tetapi pertumbuhan yang terlalu tinggi/drastik perlu dikawal.

MSI