Tuesday 17 February 2009

TIPS BERNIAGA 4 : UNIK ATAU NICHE

Dalam setiap perniagaan yang maju di dalam dunia ini mesti terdapat keunikan produk atau niche mereka yang tersendiri. Misalnya, Apple dengan niche i-pod dan i-phone, Toyota dengan niche ketahanan enjin, Volvo dengan niche ciri keselamatan.

Setiap perniagaan jika ingin maju perlu mempunyai niche yang tersendiri. Ini menjamin kejayaan sesebuah perniagaan itu. Anda boleh meniru orang lain dan mempunyai ciri-ciri perniagaan yang serupa dengan orang lain. Namun demikian apakah yang membezakan produk anda berbanding orang lain? Ha... jadi keunikan atau niche diperlukan. Anda akan lebih dikenali dengan keunikan produk anda di pasaran. Pelanggan memperkatakan keunikan produk anda di pasaran. Misalnya niche Apple dengan niche i-phone yang ternyata unik berbanding handphone2 yang ada di pasaran.

Walaubagaimanapun bukan mudah untuk memikirkan niche / keunikan ini. Kadangkala ianya melibatkan masa, wang dan kajian berterusan. Namun begitu jika anda dapat mengenalpasti niche / keunikan produk anda, Insya Allah perniagaan akan lebih maju dan bertahan lama.

Cuba fikir-fikirkan apa yang membezakan perniagaan atau produk anda daripada orang lain?

MSI

CEPAT BELI BONGKAH SEBELUM TERLAMBAT

ASSALAMUALAIKUM SEMUA,

BERMINAT DENGAN PERUSAHAAN CENDAWAN TIRAM?

KAMI MENJUAL BONGKAH BARU DAN BONGKAH MATANG
BONGKAH BARU RM 0.80 SEN SEBONGKAH !!!!
BONGKAH MATANG RM 1.30 SEBONGKAH !!!!!

TEMPAH SEGERA. CALL 0197666697

Monday 16 February 2009

Tips Berniaga 3 : Kepentingan Akaun Pengurusan (Managerial Accounting)

Salam,

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa benda akaun pengurusan ni. Akaun Pengurusan atau Managerial Accounting ini sebenarnya bukan kaedah perakaunan yang biasa seperti Aset = Liabiliti + Modal. Akaun pengurusan ini lebih tertumpu kepada sektor pembuatan atau manufacturing sector. Walaubagaimanapun dalam bisnes cendawan akaun pengurusan ni kita boleh pakai jugak. proses pembuatan bongkah misalnya, boleh kita teliti kecekapan kosnya dengan menggunakan akaun pengurusan. Keputusan untuk membeli bongkah misalnya, atau menerima pesanan khas misalnya, untung ruginya boleh dikira dengan kaedah2 di dalam akaun pengurusan. Pendek kata akaun pengurusan membantu kita membuat keputusan.

Sahabat- sahabat bolehlah menjenguk subjek akaun pengurusan ini melalui internet ataupun daripada mana-mana sumber. Gerenti serba sedikit boleh membantu kita membuat keputusan dengan bijak.

Bak kata orang tak tau semua, sikit pun jadilah.

MSI

Saturday 14 February 2009

Tips Berniaga 2 : Bisnes Maju Tapi Tunai Kurang

Salam,

Kali ini kita kaji satu senario yang biasa dalam dunia perniagaan di mana kadangkala bisnes yang kita ada maju dan meningkat tetapi pada masa yang sama tunai kurang malahan pinjaman meningkat. Mengapa agaknya?

Bisnes yang maju atau peningkatan yang tidak terkawal boleh membawa padah yang buruk kepada perniagaan. Selama ini kita beranggapan bahawa bisnes bagus jika ada pertumbuhan. Walaubagaimanapun jika pertumbuhan tidak dikawal, akhirnya kita dapati tunai semakin berkurangan sebaliknya pinjaman meningkat. Kenapa pinjaman meningkat?

Pinjaman meningkat kerana ianya digunakan untuk dijadikan modal baru bagi pertumbuhan yang baru. Jika ianya tidak dikawal, sampai bila pun tunai ditangan akan berkurangan dan pinjaman / liabiliti meningkat.

Ianya boleh ditangani dengan langkah2 berikut :

1. Naikkan harga bagi mengurangkan sedikit permintaan
2. Outsource ( outsource permintaan baru kepada syarikat lain - dapat mengurangkan modal)

Ingat pertumbuhan itu bagus tetapi pertumbuhan yang terlalu tinggi/drastik perlu dikawal.

MSI

CEPAT BELI BONGKAH SEBELUM TERLAMBAT

ASSALAMUALAIKUM SEMUA,

BERMINAT DENGAN PERUSAHAAN CENDAWAN TIRAM?

KAMI MENJUAL BONGKAH BARU DAN BONGKAH MATANG
BONGKAH BARU RM 0.80 SEN SEBONGKAH !!!!
BONGKAH MATANG RM 1.30 SEBONGKAH !!!!!

TEMPAH SEGERA. CALL 0197666697

Tips Berniaga 1 : Kecairan Tunai (Cash Liquidity)

Salam,

Dalam apa jua perniagaan jika disingkap falsafah dalam aspek kewangan perniagaan, perkara paling pokok dan paling penting ialah tunai. Sesebuah perniagaan secara asasnya boleh diadili samada bersifat maju atau tidak melalui jumlah wang tunai yang ada atau dalam bahasa Inggeris cash liquidity. Rakan peniaga sekelian, ingatlah perkara ini cukup penting bagi sesebuah perniagaan kerana ianya menentukan samada sesebuah perniagaan boleh bertahan ataupun boleh bankrap.

Terdapat juga formula-formula lain atau measurement ratio (kayu pengukur) untuk melihat samada perniagaan kita benar2 di landasan yang betul atau tidak. Sedikit demi sedikit saya akan singkap formula-formula tersebut. Buat masa ini cukuplah dengan peringatan bahawa cash liquidity itu sangat penting bagi sesebuah perniagaan.

MSI

KALAU ADA KEMUSYKILAN

Asalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak kebelakangan ini, Mushroom Shack menerima banyak pertanyaan daripada rakan-rakan yang berminat untuk menceburi perniagaan cendawan tiram. Syabas diucapkan kepada mereka. Tidak kurang juga daripada penuntut-penuntut IPT yang memerlukan maklumat untuk rujukan pengajian. Terimakasih diucapkan.

Mushroom Shack akan sentiasa memberikan apa jua bentuk pertolongan yang mampu kepada mereka yang memerlukan.

Email kepada lastexit00@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Kejayaan Kita Bersama

MSI

KURSUS PERUSAHAAN CENDAWAN TIRAM (BULAN MEI)

PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!

Kursus perusahaan cendawan tiram akan diadakan pada bulan Mei. Yuran Kursus RM 150 seorang. Makan & Minuman tidak disediakan. Tempoh Kursus selama sehari.

CEPAT DAFTAR TEMPAT TERHAD.

Hubungi 0197666697