Monday 9 March 2009

TIPS BERNIAGA 5 : INTEGRITI PRODUK (PRODUK YANG BAIK UTK SEMUA)

Salam,

Kali ini kita tengok apa yang dimaksudkan dengan integriti produk. Maksudnya setiap produk yang kita keluarkan mestilah berkualiti dan memberi kebaikan kepada pengguna. Kadangkala ada peniaga yang mahu cepat untung, asalkan produk terjual, itu sudah cukup bagi mereka. Isu samada produk itu mendatangkan kebaikan kepada pengguna atau tidak, langsung tidak diambilkira. Perniagaan yang bersifat sebegini hanya akan bertahan untuk tempoh yang singkat sahaja. Percayalah.

Satu contoh paling klasik bagi aspek produk integriti ialah kisah Honda dan Mazda. Pada satu masa dahulu, Mazda mengeluarkan kereta sedan untuk keluarga yang bercirikan "performance". Bak kata orang "racing" lah. Semua aksesori enjin dan hiasan dalaman bercirikan "racing". Kereta Mazda ini tidak mendapat sambutan yang baik. kenapa?

Kerana tidak mempunyai integriti produk. Macamana sebuah kereta untuk keluarga dilengkapi dengan ciri-ciri "racing"? Lajulah kereta tu, tak selamatlah untuk famili kita. Sebab itulah jualannya rendah.

Ini berlainan dengan Honda yang pada masa yang sama mengeluarkan kereta sport untuk anak muda yang juga bercirikan "performance" atau "racing". Kereta ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Dah faham apa makna integriti produk ? Fikir-fikirkanlah.