Saturday 14 February 2009

Tips Berniaga 2 : Bisnes Maju Tapi Tunai Kurang

Salam,

Kali ini kita kaji satu senario yang biasa dalam dunia perniagaan di mana kadangkala bisnes yang kita ada maju dan meningkat tetapi pada masa yang sama tunai kurang malahan pinjaman meningkat. Mengapa agaknya?

Bisnes yang maju atau peningkatan yang tidak terkawal boleh membawa padah yang buruk kepada perniagaan. Selama ini kita beranggapan bahawa bisnes bagus jika ada pertumbuhan. Walaubagaimanapun jika pertumbuhan tidak dikawal, akhirnya kita dapati tunai semakin berkurangan sebaliknya pinjaman meningkat. Kenapa pinjaman meningkat?

Pinjaman meningkat kerana ianya digunakan untuk dijadikan modal baru bagi pertumbuhan yang baru. Jika ianya tidak dikawal, sampai bila pun tunai ditangan akan berkurangan dan pinjaman / liabiliti meningkat.

Ianya boleh ditangani dengan langkah2 berikut :

1. Naikkan harga bagi mengurangkan sedikit permintaan
2. Outsource ( outsource permintaan baru kepada syarikat lain - dapat mengurangkan modal)

Ingat pertumbuhan itu bagus tetapi pertumbuhan yang terlalu tinggi/drastik perlu dikawal.

MSI

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home